Tugas Diraja Putera_Harry,_Duke_Sussex

Putera Harry bersabda pada majlis pelancaran akhbar, 1 Mac 2010

Pada usia 21 tahun, Putera Harry telah dilantik sebagai Penasihat Negara dan memulakan tugas diraja baginda dengan tugas pertama apabila Ratu berada di luar negara untuk menghadiri Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel 2005 di Malta. Pada tahun berikutnya, Harry berada di Lesotho untuk melawat Rumah Kanak - kanak Mants'ase berhampiran Mohale Hoek, di mana baginda mula mencemar duli melawat pada tahun 2004, bersama-sama dengan Putera Seeiso dari Lesotho, dan melancarkan Sentebale: Dana Putera untuk Lesotho, sebuah badan amal untuk membantu anak-anak yatim piatu disebabkan oleh HIV / AIDS. Baginda juga telah menjadi penaung kepada beberapa organisasi lain, termasuk WellChild, Dolen Cymru, dan MapAction. Untuk membantu Sentebale, serta Dana Memorial untuk Diana, Puteri dari Wales dan Centrepoint, Harry dan kakandanya menganjurkan Konsert untuk Diana di Stadium Wembley, pada 1 Julai 2007.

Sukan juga merupakan salah satu cara yang Harry gunakan untuk membantu badan amal dan pertubuhan-pertubuhan lain, seperti latihan sebagai Pegawai Pembangunan Ragbi bagi Kesatuan Bola Sepak Ragbi pada tahun 2004 dan kemudian melatih pelajar di sekolah-sekolah untuk menggalakkan mereka untuk mempelajari sukan ini. Baginda juga telah mengambil bahagian dalam perlawanan polo, seperti kakanda dan ayahandanya, untuk mengumpul wang untuk kebajikan.

Pada 6 Januari 2009, Ratu telah memberikan Harry dan William jabatan kolektif (Royal Household) mereka sendiri. Jabatan tersebut mempunyai tiga kakitangan utama dan disokong oleh pasukan "kecil". Sir David Manning, bekas duta Britain ke Washington, bekerja sebagai penasihat sambilan untuk kedua- dua Putera tersebut. Sebelum ini, urusan rasmi William dan Putera Harry telah dikendalikan oleh pejabat ayahanda mereka di Clarence House di tengah-tengah London. Jabatan baru adik-beradik ini mengeluarkan kenyataan - lengkap dengan Monogram mereka sendiri di atas - mengumumkan bahawa mereka telah menubuhkan pejabat mereka sendiri berdekatan dengan Istana St James untuk menjaga aktiviti-aktiviti awam, tentera dan kebajikan mereka. Monogram diraja Putera Harry adalah sama dengan kakandanya, tetapi memaparkan H dalam bayangan biru sama seperti yang digunakan oleh bondanya. Pada September 2009, Putera William dan Putera Harry menubuhkan Yayasan Putera William dan Putera Harry untuk membolehkan putera-putera itu melaksanakan cita-cita badan kebajikan mereka. Yayasan ini merupakan kemuncak kehidupan amal kedua-dua putera diraja tersebut setakat ini.

Putera Harry di acara Istiadat Mengarak Panji-panji, bulan Jun 2013

Pada bulan Mac 2012, Putera Harry mengetuai lawatan rasmi ke Belize sebagai sebahagian daripada perayaan Jubli Intan Ratu Elizabeth. Baginda terus ke Bahamas dan Jamaica, di mana Perdana Menteri, Portia Simpson-Miller, sedang mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan antara Jamaica dengan raja berperlembagaan. Baginda kemudiannya berkenan mencemar duli melawat Brazil untuk menghadiri Kempen HEBAT, sebagai duta Sukan Olimpik 2012 untuk Sukan Olimpik Rio 2016. Pada 12 Ogos 2012, Putera mewakili neneknya, Ratu Elizabeth, di Majlis Penutup Sukan Olimpik London 2012 .

Dari 9 hingga 15 Mei 2013, Harry menghadiri lawatan rasmi ke Amerika Syarikat. Lawatan tersebut mempromosikan pemulihan tentera Amerika dan UK yang tercedera, mempublisitikan badan amalnya dan menyokong minat British. Ia termasuk penglibatan di Washington DC, Denver, New York, New Jersey dan Connecticut. Baginda menyaksikan majlis perasmian Sukan Pahlawan, di Colorado Springs, di mana askar cedera dan wanita bersaing, dan bertemu mangsa-mangsa Taufan Sandy di New Jersey. Putera Harry adalah penaung kepada organisasi berikut:

  • WellChild
  • Walking with the Wounded (2011 Kutub Utara, 2012 Gunung Everest, 2013 Kutub Selatan)
  • The Halo Trust's 25th Anniversary Appeal
  • London Marathon Charitable Trust
  • MapAction 
  • Dolen Cymru
  • 100 Women in Hedge Funds' Philanthropic Initiatives
  • Rugby Football Union (Naib Penaung)
  • Rugby Football Union Injured Players Foundation
  • Rugby Football Union All Schools Programme
  • School’s Games (Presiden)
  • Henry Van Straubenzee Memorial Fund (Penaung bersama kakandanya)
  • Sentebale (Diasaskan bersama Putera Seeiso dari Lesotho)
  • The Royal Foundation of The Duke and Duchess of Cambridge and Prince Harry (Diasaskan bersama kakandanya)